Seharian di kota Kuala Lumpur pada 1 Ogos yang lepas adalah sebahagian takah tangga dalam perjalanan hidup, hidup yang dikanvaskan sebagai peta sebuah perjuangan. Saya masih lagi disengat rasa tidak bermaya akibat deman panjang yang dialami seminggu yang lalu, rasa dahaga serta tekak yang sentiasa kering diikuti rasa keletihan melampau sehingga menimbulkan rasa takut, bayangan sebuah kematia n dalam usia dipenghujung 30an. Teman-teman pemuda dengan nada bergurau’ “ selsema babi ke ustaz, kena jumpa Dr ni”, ngeri juga walaupun simpton N!H! tiada pada saya. Rasa bimbang itu sirna selepas bertemu dengan Dr Maziah di klinik Sakinah, “ musim deman ni ustaz, you selsema kuat sebab itu tekak cepat kering” kata sang doctor dengan suara lirih. Rasa penat yang masih bersisa itu menyebabkan saya merasmikan program adik-adik pelajar luar negara dalam keadaan duduk, di Bangi sehari sebelum demo anti ISA. Lebih parah lagi, jumaat sebelumnya saya berkhutbah di Masjid Mujahidin Surada dengan ‘gear lima’ namun tanpa titisan peluh sebagaimana biasa.
Inilah dalam sejarahnya , hampir dua dekad saya menyertai mana-mana demonstrasi saya kehilangan rasa ‘berahi’. Rasa hilang ‘berahi’ itu bukan kerana isu ISA tidak mesra dipalong hati saya tetapi keuzuran diri yang menguras tenaga dan nafsu berhimpun. Menyertai demonstrasi adalah sebuah kecanduan , kehadirannya mengundang seribu rasa bahagia, pesta demokrasi ini kadang kala menjadi terapi kedukaan paling baik dalam hidup saya disamping berteleku ditikar sembahyang. Saya selalu menyebut kepada teman-teman , jika Islam tidak mempunyai kewajiban berpolitik maka saya akan memlih wadah sosialisme, ia lebih dekat dengan jiwa memberontak saya. Menghadiri dan berucap dalam demonstrasi akan menyeruak seribu kenangan di alam kampus yang membahagiakan. Kampus tua Universiti Malaya telah melahirkan saya sebagai demonstran tegar, kami berhimpun saban minggu merayakan masa muda ‘the angry young man’, suatu momen yang indah dalam hidup.
Rasa ketagihan menyelinap dalam aliran darah, kami benar-benar mencandui demonstrasi kala itu, kami menggalang demonstrasi untuk menyuarakan isu dalam dan luar negara termasuk menghadiri demo yang diatur oleh Dewan Pemuda, HEP dan polis pening kepala. Pernah satu waktu di akhir ruang masa saya di kampus, ada ‘hantu’ yang memeningkan HEP dengan menabur risalah palsu ‘kununnya’ mahasiswa akan berdemo di Masjid Rahman UM pada hari Jumaat,pihak HEP ‘lurus bendul’ telah menghubungi pihak keselamatan. pihak FRU memagari masjid bersekali dengan ‘water cannon’ . Selepas jumaat tiada demonstrasi , suasana tenang, polis dan pegawai HEP termanggu-manggu, kami anak mahasiswa keriangan bertepuk tangan. “ini hiburan sebelum exam” kata seorang teman, tersengih macam kerang busuk.
Demonstrasi adalah cara yang halal untuk menzahirkan bantahan, bantahan awam pula dibenarkan oleh undang-undang termasuk perlembagaan negara kita. I Ogos telah dipilih untuk menyatakan bantahan terhadap undang-undang ‘drakonian’ negara ini-ISA. Lebih dari empat dekad akta ini meranggus kemanusiaan, beribu manusia telah teraniaya tanpa dihadapkan ke mahkamah. Malaysia sedarjat dengan Israel yang mempunyai akta ini untuk memasong pejuang –pejuang Palestin di Khemah penjara politik tanpa dibawa ke mahkamah untuk diadili.
Tidak ada ruang untuk dihalalkan ISA, semua agama dan norma Undang-Undang tidak memihak kepada ISA. Saya sangat pelik jika ada orang Islam yang menyokong ISA, mereka sangat jahil dan jauh daripada hidayah Allah SWT, apatah lagi beranggapan ISA adalah untuk menjaga Melayu. “cis” tempik hati saya, dungunya bangsaku ini. Mereka dipalit tahi kejahilan, mujurlah kokok mereka (kelompok) ini tidak kemana, mereka tidak mampu untuk menghimpunkan penyokong pada 1 Ogos lalu.
PERJALANAN 1 OGOS.
Pagi Sabtu itu dada langit Kuala Lumpur telah memberi isyarat, sejarah akan menjadi saksi bagaimana ribuan para demonstran akan digempur dengan unit keselamatan yang telah bersiap siaga beberapa hari lebih awal. Antaranya dengan mengadakan sekatan jalanraya yang menyebabkan kesesakan lalulintas melampau disekitar ibukota. Saya terperangkap hampir dua jam dari Bangi Ke KL, bebarapa kali terlelap ketika memegang stereng kereta. Di sepanjang dihadapan padang terbang Sungai Besi deretan kenderaan begitu meriah dengan pesta lampu merah, pelbagai ragam pemandu dapat disaksikan. Jalan susur keluar ke Istana Negara telah ditutup. Polis begitu bersedia kali ini setelah beberapa kali memberi amaran supaya perhimpunan dibatalkan.
Ketua Polis sangat tidak cerdik dengan memberi amaran yang terlalu kerap di media kerana ini memberikan publisiti percuma kepada perhimpunan mansuh ISA (namun saya bersyukur atas ketidakcerdikan ini), mereka tidak pernah belajar daripada himpunan BERSIH dan PPSMI yang tetap berjaya diadakan walaupun peserta diancam dengan tangkapan dan tindakan tegas. “siapa peduli” ada suara menjerit dihati saya.Perkataan ‘jangan’ itu sendiri sebenarnya memberikan rangsangan kepada orang ramai supaya pergi.
Saya memarkir kenderaan di Jalan Hang Tuah, rasa kantuk begitu lumayan. Saya melelapkan mata selama satu jam supaya tenaga dapat dipulihkan sedikit, apatah lagi semalamnya tidur saya terganggu dengan program JASA (Kementerian Penerangan) yang dianjurkan untuk pelajar UKM, suara galak dan bahan letupan yang diguna mereka telah membunuh selera tidur saya.Tepat jam 1.25 saya bergerak ke Masjid Bukhari untuk menunaikan solat zuhor, ramai kawan-kawan lain juga memarkir kenderaan di premis masjid putih itu milik Yayasan Bukhary.
Saya mengenakan lilitan serban putih untuk membonceng motosikal seorang kawan, menyusuri jalan Hang Tuah kea rah Balai Polis Dang Wangi, di Jalan MaharajaLela, polis kelihatan dimana-mana. Trafik begitu padat sekali. Ini strategi regim supaya rakyat marah kepada peserta dan penganjur demonstrasi, “berkesan ke taktik lapuk ni” guman saya sendiri. Kalau strategi ini berkesan , PRU 12, Pakatan Rakyat tidak akan menang besar di Lembah Kelang.Kerana ratusan demo sebelumnya telah menyebabkan KL jem teruk.
Saya melompat dari motor ketika menghampiri masjid Negara untuk bersama-sama dengan perarakan yang diketuai oleh Dr Hatta Ramli, ribuan lautan merah-hitam begitu bersemangat melaungkan slogan “hidup, hidup rakyat, mansuh-mansuh ISA!”, “jahanam BN, jahanam ISA”.
“ustaz! Nah ambik mic” jerit seorang petugas Amal menyerahkan mic tanpa wayar, saya menyambut mic dan melupakan demam, di jalan bertingkat Jalan Mahameru, kami akhirnya turun ke jalan bersebelahan Datran merdeka, barisan polis beruniform bersiaga menunggu kami. “turun,turun” jerit kami kepada peserta yang teragak-agak untuk turun. Kami merempuh penghadang manusia yang dibuat oleh polis, suasana agak kelamkabut, tangan saya disentap kasar oleh seorang anggota polis yang masih muda . Ketika berasakan dan bertolak-tolak , saya menempik dengan kuat dan tangan saya dileraikan . seorang polis terpelanting akibat asakan padu orang ramai yang makin hilang sabar, kesian pula melihat polis anak muda berbangsa Melayu ni. Nasib baik para demonstran tidak memijak sekujur badan yang jatuh ke bawah tadi. Kami dengan pantas bergerak menghala ke Jalan Raja Laut (DBKL), namun ditembak dengan tembakan pemedih mata bertalu-talu.
Wah, bukan kepalang rasa sakit menyengat rongga –rongga di badan, polis mengejar dan menangkap rambang. Saya lari dan berpecah bersama sekelompok lain sambil memekup hidung dan mulut, ramai teman-teman yang tidak tahu saya mempunyai minor asma, pusaka hidup ibu saya. Tiba-tiba lutut terasa begitu longgar, rasa penat yang amat sangat . Beberapa anak muda kampus menyorongkan saya air mineral (maaf, saya terlupa nama anak muda ni, tk atas bantuan), terasa sangat lega bila air menyentuh alur tenggorok. Manik-manik peluh mula menitis, kami mula bergerak kembali Saya dan kumpulan yang terpisah ini melalui celah-celah bangunan untuk bersatu dengan kumpulan lain di depan SOGO.
Jalan Tunku Abdul Rahman semakin rusuh, FRU menembak sembarangan, tangkapan semakin galak, saya dan lain bercempera lari sambil ketawa. Ini mengingatkan zaman kanak-kanak yang riang, bermain ‘polis sentri’ terutama dalam bulan Ramadhan. Bunyi siren dan bunyi letusan das tembakan gas pemedih mata sangat menguja akal, kota metropolitan sedang rusuh. Jalan paling sibuk aliran trafik kini bertukar menjadi ‘zon perang’. Pihak keselamatan dengan sengaja memprovokasi peserta himpunan. Saya diberitahu stesyen LRT Masjid Jamek ditutup, pagar masjid dikunci, polis menghalau orang ramai daripada menghampiri masjid.saya terlalu kepenatan, terduduk tepi kaki lima jalan sambil menyedut udara yang bercampur gas pemedih mata yang semakin menipis.
“mengapa ustaz? Tanya abang Din Wangsa Maju, “ana dah tak larat, demam tak kebah lagi ni”. Abang Din belanja ‘100 PLUS’, “minum banyak-banyak” kata abang Din sambil menyua setin air yang dikaitkan dengan ubat demam. Abang Din selalu mengikuti kuliah-kuliah saya di Wangsa Maju semenjak tahun 90an.Ramai yang datang menyua tangan untuk bersalam dan berfoto terutama adik-adik mahasiswa.Perhimpunan besar anti ISA ini seumpama ‘regathering’ kepada saya, ramai teman-teman lama bertemu kembali, juga aktivis dari daerah kelahiran saya di Besut.Abang Din Kuala Besut dan Jihadi dihujung bangunan Kompleks Pertama, mereka berhenti lelah setelah penat kejar mengejar.
Saya dan Man CIMB ,anak murid ( Kuliah CIMB)saya cuba melangkah untuk ke Pejabat PAS Pusat pula kerana Man mendapat mesej untuk berhimpun di sana bersama kumpulan besar , “ ada pimpinan di sana, tok guru, Anwar, semua di sana” kata Man galak.Kami menapak disiarkaki Sungai Kelang yang mengalir lesu bersebelahan Kompleks Pertama.”tadi ada seorang yang terjun ke dalam sungai tu, ada yang patah kaki” kata seorang pemuda, “ FRU sembarangan menembak, mereka tidak peduli kanak-kanak dan wanita, memang gila” dengus marah pemuda tadi lagi. Kami tidak meneruskan niat ke Pejabat PAS kerana aliran ramai mula bertumpu semula ke SOGO dan di hadapan Kompleks Pertama. Semakin ramai dan meriah gelombang hitam-merah, ada yang bersorak sorai melihat trak polis , bahkan menyekat sebuah kereta bomba yang lalu dihadapan Kompleks Pertama kerana menyangka ‘meriam air’ itu turut digunakan untuk menyembur peserta demo.Setelah mendapat penjelasan daripada pemandu, kelihatan orang ramai mula bertepuk tangan dan melambai ramah kearah pasukan bomba tersebut.
Peserta semakin ramai yang berhimpun, kelibat polis semakin menjauh daripada hadapan SOGO, orang ramai semakin galak. Saya memberikan ucapan, “ himpunan hari ini telah berjaya, hamper seratus ribu berani ke Kuala Lumpur walaupun dihalang, pimpinan telah mengarahkan kita bersurai dalam keadaan aman, kita akan bertemu lagi sehinggalah ISA dimansuhkan” jerit saya kepada peserta dan saya mula meninggalkan hadapan Kompleks Pertama dengan Man.
Tidak berapa jauh meninggalkan tapak perhimpunan, kami ditembak lagi dengan gas pemedih mata. Sekali lagi bercempera lari kearah jalan Bunus. Dah , cukuplah. Asar dah menjelang. Kami menapak longlai dalam kegembirangan menuju ke Perhentian Pudu kerna stesyen Jamek ditutup. Hari penuh kenangan, negara akan mengingatinya, kami pahlawan tanpa nama berani berdada dengan regim.
Saya sudah lupa berapa puluh kali dalam permainan ‘mouse and cat’ dengan polis pada hari Sabtu itu, sekejap polis mengejar kami lari menyelinap dalam kesibukan pasar petang Sabtu Jalan Tunku Abdul Rahman. Kemudian keluar lagi ke Jalan besar dengan wajah girang,garam bertukar tangan dengan pantas untuk dikemam dibawah lidah untuk meredakan kesan air kimia. “jangan makan banyak, nanti darah tinggi” kata Man CIMB, berlucu ketika kami dan sekumpulan yang lain menyorok dalam sebuah bangunan. Pak Guard berbangsa India nampaknya bertolak ansur apabila melihat peserta demonstran , juga orang awam yang bermata kemerahan berair menahan sakit.
“kasi tutup itu pintu” jerit pak guard itu, bagi menghalang angin yang membawa kimia menerobos tempat kami berlindung. I Ogos , Sabtu yang rusuh akan memahat ingatan. Nanti kepada anak cucu , kami akan bercerita “datuk tidak berdiam melihat kezaliman ISA, datuk tidak menjadi sang penakut yang hebat dihujung lidah petah menyusun bahasa, datuk bukan menjadi pemerhati namun sebahagian daripada yang menoreh sejarah untuk menegakkan keadilan”

1 comments:
fuh..
sebuah catatan liku demonstrasi yang menerobos benak fikiran..
hee.. ;)
teruskan semangat dan tekad ustaz..
sesunguhnya kami masih hijau dalam ranjau yang buas ini ustaz..
insyallah pasti,perjuangan pasti mendakap kemenangan.
takbir..! Allahuakbar!
*kelak saya boleh berkata angkuh dengan cucu saya..
"ustaz yang lantang melaungkan 'tumbang-tumbang ISA' itu, merupakan cikgu atuk...."
Post a Comment